Friday, June 1, 2012

10 Life changing tips inspired by Maulana Rumi


Ini adalah design flyers kelab Ikatan Kasih Rumpun Antara Mahasiswa (IKRAM) UiTM Puncak Alam untuk edaran dalam kampus. Insya ALLAH akan ada design yang berlainan setiap minggu. Sharekan utk kawan- kawan yang lain ya? Smoga semua dapat manfaat. :-)




Kembali menulis...

بســــم الله الرحمان الرحيم
 الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
 اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
 ورسولك النبي الأمي
 وعلى آله وصحبه وسلم 

-Selawat Ummi


 اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
 وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
 أعوذ بك من شر ما صنعت
 أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
 فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت 

- Sayyidul Istighfar 



 الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته 



       Masa kian berlalu dan saya semakin jarang menjengukkan diri saya ke blog- blog tulisan saya sendiri. Saya juga semakin jarang melukis dan menulis dan ini merupakan satu kerugian besar kerana betapa luahan hati dan terjemahan idea merupakan salah satu jalan untuk mengenal dan mengingati diri saya sendiri. Semoga dengan post kali ini dapat dijadikan pembakar semangat dan permulaan pendidikan sabar agar dapat istiqamah dalam mendisiplinkan diri diri saya yg serba lemah untuk melawan hawa nafsu. Mohon didoakan kebaikan daripada sahabat- sahabat sekalian. :-)

 Kembali kepada tajuk.


          Hakikat diri sebagai hamba yang faqir, saya sememangnya lemah dan tiadalah tempat yang layak dijadikan pergantungan selain Robbul Jalil, Allah SWT. Namun dalam perjalanan kita mengorak langkah menuju keabadian, seringkali hati kita tewas dengan pujuk rayu nafsu dan syaitan dan sampai pada suatu tahap hati kita menjadi kering kontang dengan nasihat dan peringatan. Begitu juga apa yang berlaku pada diri saya. Ilmu sahaja tidak cukup utk mendidik diri kerana betapa nafsu itu kenal akan pintu- pintu halus dalam hati saya yang boleh dibelai dengan pujukan, pujian, dan berbagai- bagai lagi kaedah licik sang nafsu itu supaya diri tunduk kepadanya.Keadaan begini tidaklah boleh dibiarkan berlanjutan dan saya memang perlu mengosongkan masa dan mencari majlis- majlis mahabbah supaya hati yang kering ini boleh disemai dan disiram dan semoga ia sentiasa mekar dengan petunjuk dan taufiq dari Allah. Berkata Imam Busiri dalam burdahnya:

 "Dan nafsu itu seperti kanak-kanak jikalau engkau biarkan ia akan terus menyusu sampai ke tua;Suka menyusu tetapi jika engkau berhentikan, ia akan berhenti" 





         Utk kali ini, saya kongsikan sedikit tausiah oleh Habib Naqjmuddin Al- Khirid ketika Majlis UiTM Shah Alam berselawat beberapa minggu lepas:

         Seperti dalam kebiasaan majlis maulid. Al-habib menceritakan tentang keagungan dan kemuliaan Al- Mustafa Rasulullah SAW dan betapa kecintaan sahabat kepada Baginda memenuhi relung jiwa mereka. Al- habib menceritakan tentang kisah bagaimana kecintaan Thauban terhadap Baginda di mana hatinya akan keluh- kesah setiap kali berjauhan dengan Baginda. Namun kecintaan Thauban itu menjadi kerunsingan pada dirinya kerana dia khuatir akan berjauhan dengan Rasullah di akhirat kelak mengenang akan jauhnya darjat Baginda dengan diri dia. Betapa tingginya nilai cinta Thauban itu sehingga nikmat- nikmat syurga yang tak terbayang itu boleh terhapus kerana bagi dirinya, nikmat yang tertinggi adalah apabila dapat bersama dengan kekasihnya, Rasulullah sampai bila- bila. Kekhuatiran Thauban itu terjawab dengan turunnya Ayat 69 Surah An-Nisa' yang bermaksud

 "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). 


      Sahabat- sahabat sekalian. Smoga kelak kita dibangkitkan bersama golongan- golongan yang kita cintai melalui ketaatan yang lahir dari makrifat & mahabbah kepada ALLAH dan Sayyiduna Rasulullah S.A.W. Mohon didoakan juga diri saya yang serba lemah ini agar dkurniakan taufiq olah ALLAH dan sentiasa ditadbir atas jalan kebenaran. Mohon didoakan ya?

. بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء



Wednesday, December 22, 2010

Orang Kampung Nokkota: Tiada idea untuk tajuk

Sila klik link di bawah:

Orang Kampung Nokkota: Tiada idea untuk tajuk

Friday, December 17, 2010

Dia bukan milikku...

Font sizeTiada Malik (pemilik) pada hakikatnya melainkan ALLAH S.W.T dan selain daripada ALLAH adalah majazi. Mengikut pemahaman ahli- ahli sufi, seseorang hamba itu mestilah tidak mengikat sesuatu yang bersifat majazi (pinjaman) itu dengan-Nya. Dengan itu, tidak akan ada lagi ucapan kata- kata "denganku", "untukku", "dariku". Inilah "tauhid" pengguguran "ku", iaitu perkataan bersifat kepunyaan yang dikaitkan dengan diri sendiri.

~Seperti yang dijelaskan dalam Tafsir Sufi dan fadhilat 99 asma ul husna, iaitu terjemahan & susunan kitab Al- Tahbir fi Tazkir karangan Imam Al- Qusyairi.

Tuesday, December 14, 2010

Sebesar manakah jiwamu?

Segenggam garam andai dimasukkan ke dalam segelas air dan kemudiannya diminum, pasti akan menimbulkan rasa masin dan kelat. Sesiapa sahaja yang minum air tersebut pasti tidak sanggup untuk menghabiskannya.

Namun, andai segenggam garam yang sama dicampak ke dalam sebuah kolam, tidaklah pula menyebabkan air dalam kolam tersebut menjadi masin. Sebaliknya air yang diminum pasti akan menyegarkan para peminumnya.


Inilah perumpamaan bagi segala masalah dalam hidup kita. Besarnya umpama segenggam garam, tidak lebih dan tidak kurang. Banyaknya masalah dalam kehidupan kita telah ditetapkan oleh ALLAH sesuai untuk diri kita sendiri.

Namun yang menjadikan setiap manusia itu berbeza adalah seberapa besarkah qalbunya untuk menampung segala masalah tersebut?



BERHENTILAH MENJADI SEPERTI GELAS untuk menampung rasa "masin" dari setiap masalah dalam dirimu.


SEBALIKNYA DIDIKLAH JIWAMU UNTUK MENJADI SEBESAR DANAU supaya dirimu tidak merasa menderita....


“Berkata (Musa), “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku,” (25)
“Dan mudahkanlah untukku urusanku.” (26).

[Surah Toha : 25 - 26]

“Tidaklah Allah membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya.” [Surah Al-Baqarah : 286]