Wednesday, December 22, 2010

Orang Kampung Nokkota: Tiada idea untuk tajuk

Sila klik link di bawah:

Orang Kampung Nokkota: Tiada idea untuk tajuk

Friday, December 17, 2010

Dia bukan milikku...

Font sizeTiada Malik (pemilik) pada hakikatnya melainkan ALLAH S.W.T dan selain daripada ALLAH adalah majazi. Mengikut pemahaman ahli- ahli sufi, seseorang hamba itu mestilah tidak mengikat sesuatu yang bersifat majazi (pinjaman) itu dengan-Nya. Dengan itu, tidak akan ada lagi ucapan kata- kata "denganku", "untukku", "dariku". Inilah "tauhid" pengguguran "ku", iaitu perkataan bersifat kepunyaan yang dikaitkan dengan diri sendiri.

~Seperti yang dijelaskan dalam Tafsir Sufi dan fadhilat 99 asma ul husna, iaitu terjemahan & susunan kitab Al- Tahbir fi Tazkir karangan Imam Al- Qusyairi.

Tuesday, December 14, 2010

Sebesar manakah jiwamu?

Segenggam garam andai dimasukkan ke dalam segelas air dan kemudiannya diminum, pasti akan menimbulkan rasa masin dan kelat. Sesiapa sahaja yang minum air tersebut pasti tidak sanggup untuk menghabiskannya.

Namun, andai segenggam garam yang sama dicampak ke dalam sebuah kolam, tidaklah pula menyebabkan air dalam kolam tersebut menjadi masin. Sebaliknya air yang diminum pasti akan menyegarkan para peminumnya.


Inilah perumpamaan bagi segala masalah dalam hidup kita. Besarnya umpama segenggam garam, tidak lebih dan tidak kurang. Banyaknya masalah dalam kehidupan kita telah ditetapkan oleh ALLAH sesuai untuk diri kita sendiri.

Namun yang menjadikan setiap manusia itu berbeza adalah seberapa besarkah qalbunya untuk menampung segala masalah tersebut?



BERHENTILAH MENJADI SEPERTI GELAS untuk menampung rasa "masin" dari setiap masalah dalam dirimu.


SEBALIKNYA DIDIKLAH JIWAMU UNTUK MENJADI SEBESAR DANAU supaya dirimu tidak merasa menderita....


“Berkata (Musa), “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku,” (25)
“Dan mudahkanlah untukku urusanku.” (26).

[Surah Toha : 25 - 26]

“Tidaklah Allah membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya.” [Surah Al-Baqarah : 286]